gambaran kiamat menurut al-quran

Mari kita hayati sejenak...peringatan buat diri sendiri dan teman-teman..

Surah al-Waqi'ah (ayat 1-6)

(1.) Apabila terjadi hari kiamat

(2.) Tidak seorang pun dapat berdusta tentang kejadiannya.

(3.) (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain),

(4.) Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya,

(5.) Dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya,

(6. ) Maka jadilah ia debu yang beterbangan.

Surah al-Qari'ah

(1.) Hari kiamat

(2.) Apakah hari kiamat itu?

(3.) Tahukah kamu apakah hari kiamat itu?

(4.) Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran,

(5.) Dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan.

(6.) Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya,

(7.) Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.

(8.) Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya,

(9.) Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.

(10.) Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?

(11.) (iaitu) api yang sangat panas.

Surah al-Takwir

(1.) Apabila matahari digulung,

(2.) Dan apabila bintang-bintang berjatuhan,

(3.) Dan apabila gunung-gunung dihancurkan,

(4.) Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (Tidak diperdulikan)

(5.) Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan,

(6.) Dan apabila lautan dijadikan meluap

(7.) Dan apabila ruh-ruh dipertemukan (dengan tubuh)

(8.) Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya,

(9.) Kerana dosa apakah dia dibunuh,

(10.) Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka,

(11.) Dan apabila langit dilenyapkan,

(12.) Dan apabila neraka Jahim dinyalakan,

(13.) Dan apabila syurga didekatkan

(14.) Maka tiap-tiap jiwa akan

mengetahui apa yang Telah dikerjakannya.

Surah al-Qiyamah

(6.) Ia berkata: "Bilakah hari kiamat itu?"

(7.) Maka apabila mata terbelalak (ketakutan),

(8.) Dan apabila bulan Telah hilang cahayanya,

(9.) Dan matahari dan bulan dikumpulkan,

(10.) Pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat berlari?"

(11.) Sekali-kali tidak! tidak ada tempat berlindung!

(12.) Hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali.

Adakah kita hanya mampu berdiam diri setelah diuji dengan bencana-bencana seperti ini:





Marilah kita sama-sama menambah amalan sebagai bekalan untuk akhirat kelak kerana kita tidak tahu bila akan tibanya hari kiamat..

Segungguhnya hari kiamat itu akan datang Aku merahasiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan. (sura taha : 15)


Photobucket

(^_^) yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan(^_^)

resipi apam polkadot comel

lepas je baca blog apam polkadot...terus je teringin nak mencuba..nyam3..
mari2 siapa nak try test jugak...

sebelum tu..jom cuci mata dulu..

-sebelum dikukus-

-hasilnya...selepas dikukus-


bahan-bahannya:

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak bersama tepung
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

p/s: -jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam merekah.guna api sederhana sahaja. Digalakkan untuk balut tudung kukus dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam menjadi tidak cantik.

resipi credit to: apam polkadot

Photobucket

(^_^) yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan(^_^)