gambaran kiamat menurut al-quran

Mari kita hayati sejenak...peringatan buat diri sendiri dan teman-teman..

Surah al-Waqi'ah (ayat 1-6)

(1.) Apabila terjadi hari kiamat

(2.) Tidak seorang pun dapat berdusta tentang kejadiannya.

(3.) (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain),

(4.) Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya,

(5.) Dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya,

(6. ) Maka jadilah ia debu yang beterbangan.

Surah al-Qari'ah

(1.) Hari kiamat

(2.) Apakah hari kiamat itu?

(3.) Tahukah kamu apakah hari kiamat itu?

(4.) Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran,

(5.) Dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan.

(6.) Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya,

(7.) Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.

(8.) Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya,

(9.) Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.

(10.) Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?

(11.) (iaitu) api yang sangat panas.

Surah al-Takwir

(1.) Apabila matahari digulung,

(2.) Dan apabila bintang-bintang berjatuhan,

(3.) Dan apabila gunung-gunung dihancurkan,

(4.) Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (Tidak diperdulikan)

(5.) Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan,

(6.) Dan apabila lautan dijadikan meluap

(7.) Dan apabila ruh-ruh dipertemukan (dengan tubuh)

(8.) Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya,

(9.) Kerana dosa apakah dia dibunuh,

(10.) Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka,

(11.) Dan apabila langit dilenyapkan,

(12.) Dan apabila neraka Jahim dinyalakan,

(13.) Dan apabila syurga didekatkan

(14.) Maka tiap-tiap jiwa akan

mengetahui apa yang Telah dikerjakannya.

Surah al-Qiyamah

(6.) Ia berkata: "Bilakah hari kiamat itu?"

(7.) Maka apabila mata terbelalak (ketakutan),

(8.) Dan apabila bulan Telah hilang cahayanya,

(9.) Dan matahari dan bulan dikumpulkan,

(10.) Pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat berlari?"

(11.) Sekali-kali tidak! tidak ada tempat berlindung!

(12.) Hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali.

Adakah kita hanya mampu berdiam diri setelah diuji dengan bencana-bencana seperti ini:





Marilah kita sama-sama menambah amalan sebagai bekalan untuk akhirat kelak kerana kita tidak tahu bila akan tibanya hari kiamat..

Segungguhnya hari kiamat itu akan datang Aku merahasiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan. (sura taha : 15)


Photobucket

(^_^) yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan(^_^)

resipi apam polkadot comel

lepas je baca blog apam polkadot...terus je teringin nak mencuba..nyam3..
mari2 siapa nak try test jugak...

sebelum tu..jom cuci mata dulu..

-sebelum dikukus-

-hasilnya...selepas dikukus-


bahan-bahannya:

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak bersama tepung
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

p/s: -jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam merekah.guna api sederhana sahaja. Digalakkan untuk balut tudung kukus dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam menjadi tidak cantik.

resipi credit to: apam polkadot

Photobucket

(^_^) yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan(^_^)

muhasabah hijrah

Bumi mana tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Ilahi. Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah. Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara. Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-Quran dan hadis.

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan. Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.

-petikan dari majalah Solusi-

Photobucket

(^_^) yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan(^_^)

andai lelaki tahu

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pasa seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna dia tidak sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Photobucket

(^_^) yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan(^_^)

masih punyakah rasa segan

Segan bila tangan lagi laju membuka laptop,
dari membuka kitab Allah, dan dari study.

Segan bila mata lagi seronok melihat cerita.

Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall,
dari melangkah ke masjid.

Segan bila mulut asyik bercerita, dari berzikir mengingati Allah.

Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu,
yang menyeronokkan jiwa,
berbanding mendengar ayat-ayat Allah.

Terasa segan,
bila ditimpa masalah atau musibah,
terus mencari manusia untuk mengadu,
bukannya DIA.

Segannya bila ada ujian, mulut laju merungut,
bukannya cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah.

Bila dititipkan harapan,
Lebih mengikut kata hati,
Lebih menyebelahi kata nafsu,
Hanya bila harapan itu pudar baru mencari DIA,
Malunya bila rasa dah belakangkan DIA.
Oh, terasa segan.

Segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia
Dari mencari Ilahi,
Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu.

Segan dengan Dia yang Maha Melihat,
Segan dengan Dia yang Maha Mengerti,
Segan dengan Dia yang Maha Memahami.
Segan dengan Dia yang Maha Pengampun!

Segan dengan dosa yang dilakukan,
Terasa bersalah dengan Dia.
Sedangkan diri tahu, Dia sentiasa ada.
Diri tahu Dia tak pernah tinggalkan hamba-Nya walau sesaat.
Tapi kenapa diri masih tegar melakukan kesalahan?
Oh, sebab diri ditaraf hamba,
Hamba yang sering leka dengan dunia,
Memang sering melakukan kesilapan demi kesilapan.
Tapi bukankah sifat Mukmin, mereka takkan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali?

Terasa bagaikan ada batu yang menghempap kepala. Sakit.
Ish, dah tahu rupanya begitu.
Tapi kenapa tidak mahu ambil pengajaran lagi?
Dan terasa segan.

Benar, diri bukanlah Maksum bagaikan baginda Rasulullah.
Diri adalah hamba, ditaraf hamba.
Yang di bawah dan yang terhina.
Tapi, kalau diri mengakui beriman
sudah tentu diri akan melakukan kebaikan.
Sudah tentu diri akan sentiasa membetulkan diri.
Sudah tentu diri akan selalu muhasabah diri.

Jadi,
Kalau terasa segan, bersyukurlah.
Hati dan perasaan tengah nak kembali pada yang Hak.
Jiwa masih lagi utuh untuk mengikat kata cinta pada Dia.
Allah sebenarnya tengah bagi peluang
Untuk diri bertaubat dan bertaubat lagi.
Gunakan kesempatan yang ada,
Kerana diri tidak tahu apakah ini nafas yang terakhir?

Renung-renugkan dan selamat beramal...

Photobucket

(^_^) yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan(^_^)

selamat tinggal jerawat!

Adakah anda dihantui oleh masalah jerawat?
seperti ini..

mari cari penyelesaiannya...kat sini nak share beberapa petua nenek moyang kita untuk hilangkan jerawat...
keberkesanannya? cuba dulu baru tau :)

hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. campurkan dengan bedak sejuk. Tepekkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

campurkan susu tepung dengan air bersih. Kemudian tepekkan ke muka setiap malam dan setelah kering basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu.

masak secekak daun inai bersama dua cawan air. Biarkan hingga mendidih. Setelah sejuk sapukan pada jerawat. Amalkan setiap hari hingga jerawat hilang.

campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan pada muka sebelum tidur.

nak mengelakkan jerawat berbekas? boleh cuba petua ini:
bancuh tepung kanji bersama putih telur. Sapukan pada jerawat yang baru timbul. Jerawat akan hilang dan tidak meninggalkan kesan.

Selamat mencuba....daaa....
Photobucket

(^_^) yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan(^_^)

contest blog simple but awesome

helo2!! harini nak join contest blog simple but awesome...
sape nak join meh klik sini
syarat-syaratnya:
-a malaysian blogger
-mesti ada blog
-follow blog ni (tak wajib)
-buat satu entry tentang contest ni &
letak banner contest tu skali
-tag rakan blogger (tak wajib)
-paste link entry di tapak komen

nak tau hadiahnya?..boleh tengok kat entry ni:

tarikh tutup contest : 13 disember 2011
Photobucket

(^_^) yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan(^_^)

harimau ngap garuda

Skuad bola sepak gah memenangi "ibu segala pingat" malam tadi apabila kesebelasan Harimau Muda tampil garang mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut menewaskan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

Sorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda Muda jelas gagal menyekat impian besar Ong Kim Swee dan anak didiknya yang hadir berbekal mental kuat mengatasi sorak gempita di Stadium Gelora Bung Karno untuk memaksa lawan menggigit jari terlepas pingat emas paling bernilai di SUKAN SEA di laman sendiri.


p/s: tahniah Harimau Muda..aummm...
Photobucket

(^_^) yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan(^_^)

tiga soalan satu penampar

..jawapan dengan tamparan..

pemuda : anda siapa dan apakah bisa menjawab soalan soalan saya?
imam: saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab soalan anda.
pemuda: anda yakin? sedangkan profesor dan ramai orang pintar tidak mampu menjawab soalan saya.
imam: saya akan mencuba sejauh kemampuan saya
pemuda: saya ada 3 pertanyaan:

1) kalau betul tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan tuhan kepada saya
2) apakah yang dinamakan takdir
3) kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang dijadikan dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab kedua-duanya memiliki unsur yang sama,
Apakah tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

pemuda: kenapa anda marah saya?
imam: saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya kepada ketiga-tiga soalan anda.
pemuda: saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
imam: bagaimana rasanya tamparan saya?
pemuda: tentulah sakit
imam: jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
pemuda: ya!
imam: tunjukkan pada saya sakit itu wujud.
pemuda: saya tidak boleh
imam: itulah jawapan soalan pertama. Kita percaya wujudnya tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

imam: apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
pemuda: tidak!
imam: apakah anda pernah terfikir akan menerima tamparan dari saya hari ini?
pemuda: tidak.
imam: itulah yang dinamakan takdir.

imam: Tangan yang digunakan oleh saya untuk menampar anda diperbuat dari apa?
pemuda: tanah
imam: pipi anda dibuat dari apa?
pemuda: tanah
imam: bagaimana rasa tamparan saya?
pemuda: sakit
imam: walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga daripada api, jika Allah mengkehendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Photobucket

(^_^) yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan(^_^)

permata yang dicari

hadirnya tanpa ku sedari
menggamit kasih cinta bersemi
hadir cinta insan pada ku ini
anugerah kurniaan Ilahi

lembut tutur bicaranya
menggamit hatiku untuk mendekatinya
kesopanannya memikat di hati
mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu

dia lah PERMATA yang dicari
selama ini baru ku temui
tapi ku tak pasti rencana Ilahi
apakah dia kan ku miliki

tidak sekali dinodai nafsu
akan ku batasi dengan syariat-Mu
jika dirinya bukan untukku
redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
ku harap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


(^_^) yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan sempadan(^_^)